News

Home
News

Asnaf Cakna Program At Taman Sri Kemuning, Temerloh

TEMERLOH. 10 Oktober 2024: Alhamdulillah, Sebanyak 10 keluarga telah diziarahi dalam Program Cakna Asnaf di Taman Sri Kemuning, Temerloh pagi ini.

Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh dengan kerjasama penghulu, ketua kampung turut serta juga JKM dan PERKESO Temerloh .

Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin di kawasan berkenaan yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima hamper barang asas bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.