News

Home
News

MUIP Menghantar Van Jenazah Ke Masjid Al-Ansar, FELDA Selancar 3

MUADZAM SHAH, 04 Oktober 2024 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran pihak Masjid Al-Ansar Selancar 3 dengan kerjasama sekolah, Pejabat Felda Selancar 3 & Pusat Kutipan Zakat (PKZ).
 
Program yang bertempat di Masjid Al-Ansar Felda Selancar 3 ini dimulakan dengan sesi perarakan sambil berselawat, seterusnya sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amran dari PKZ. Selesai sesi ceramah, Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Muadzam Shah dijemput menyampaikan ucapan dan merasmikan penyerahan van jenazah untuk digunakan oleh masyarakat khususnya penduduk di Felda Selancar 3 ini.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan barisan urus setia atas kejayaan program Sambutan Maulidur Rasul seperti ini. Pihak MUIP sentiasa menyokong program-program dakwah seumpama ini, terutamanya program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Manakala hasrat pihak masjid untuk membeli van jenazah pula, pihak muip menyokong penuh bagi memastikan pihak masjid mampu memiliki sebuah van jenazah yang berupaya bergerak jauh dan selamat digunakan untuk pengurusan jenazah. Bayangkan jika sebuah kenderaan membawa jenazah tiba-tiba rosak dalam perjalanan, sudah pasti ianya menyukarkan urusan penghantaran jenazah. Bahkan berkemungkinan akan berlaku fitnah mengatakan jenazah banyak buat dosa ketika hidupnya. Ujarnya lagi.

Pihak MUIP turut berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada semua yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul, semoga niat yang baik dan usaha murni untuk menjayakan program sebegini akan diganjari oleh Allah dan semua beroleh syafaat Nabi s.a.w. diakhirat kelak.