Aktiviti

Utama
Aktiviti
aktivt1 (2)
Pendidikan
Kem Motivasi Untuk Anak-Anak Asnaf Memanfaatkan Cuti Sekolah

Program ini menekankan kepentingan solat serta membentuk sahsiah diri peserta untuk menghasilkan pelajar cemerlang di dunia dan akhirat.

aktivt1 (3)
Pendidikan
Program Suntikan Kerohanian Untuk Suku Batek Asli

Kursus ini diadakan selama tiga hari dua malam di Cempaka Beach Resort Kuantan, melibatkan seramai 20 Orang Asli dari suku Batek daerah Lipis. Peserta yang hadir diberikan pendedahan mengenai perkara-perkara asas dalam Islam. Mereka juga diberi modul yang dibangunkan khusus untuk komuniti pribumi.

aktivt1 (4)
Keluarga Asnaf
Program Cakna Asnaf di Kampung Nenasi Pantai & Kampung Nenasi Darat

Program ini adalah salah satu pendekatan untuk menjejak dan membantu golongan yang memerlukan.

aktivt1 (1)
Pendidikan
Kem Solat Untuk Anak-Anak Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak penghuni mengenai tatacara dan rukun solat serta untuk memupuk kesedaran bahawa solat adalah kewajipan bagi setiap umat Islam.

aktivt1 (5)
Pendidkan
Program Latihan & Penempatan Kerjaya 2024

Tujuan menghantar anak-anak asnaf adalah untuk mengikuti Program Latihan dan Penempatan Kerjaya sebagai Pembantu Perubatan. Dalam program ini, peserta akan menjalani tempoh pembelajaran dan latihan praktikal selama dua (2) bulan yang dijangka tamat pada bulan Oktober dan akan ditempatkan di tempat kerja selepas tamat tempoh pengajian.

aktivt1
Keluarga Asnaf
Program Cakna Asnaf di Kampung Mengkarak

Program ini adalah salah satu pendekatan untuk menjejak dan membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, pesakit yang tiada tempat tinggal, dan orang kurang upaya (OKU).

Sokong Kami

Sumbangan kecil boleh memberi perubahan besar dalam kehidupan ramai orang.

Infaq MUIP adalah inisiatif oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang menggalakkan sumbangan infaq untuk menyokong komuniti. Melalui program ini, sumbangan disalurkan kepada pendidikan, pembangunan masjid dan surau, serta bantuan kepada mereka yang memerlukan. Infaq MUIP bertujuan untuk membina masyarakat yang penyayang dan memastikan sumbangan memberi impak positif di seluruh Pahang

"Orang yang memberi sedekah akan menerima naungan pada Hari Kiamat."

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

“Seseorang yang memberi sedekah dengan sangat rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya.”

(Sahih al-Bukhari)