News

Home
News

MUIP Agih RM198 Ribu Buat 42 Pelajar Pahang Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Dan Jordan Tahun 2024

Kuantan, 02 September 2024 ( Isnin ).Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM 198 ribu kepada 42 orang pelajar Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan tahun 2024.
 
Sumbangan berupa tajaan tiket penerbangan dan wang tunai berjumlah RM 1,200 seorang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP YH. Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Husain.
 
Majlis yang diadakan di Dewan Aqua UCYP University menyaksikan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri ( SMAN ) kelolaan Pendidikan Jaip Jabatan Agama Islam Pahang , 20 orang pelajar KYP-Yarmouk University Jordan dan 7 orang pelajar lepasan UnIPSAS yang akan melanjutkan pengajian pelbagai bidang di negara timur tengah tersebut.
 
Dato’ Haji Ahmad Hairi dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah dan ucapan selamat menuntut ilmu kepada para pelajar yang akan yang dijadual akan berlepas ke negara berkenaan mulai 15 September 2024.
Hadir sama meraikan pada majlis berkenaan YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifli bin Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang , YH. Prof.Dato’ Dr. Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah – Unipsas , Puan Ainul Hayati binti Yunus Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang Official, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang , dif-dif kehormat serta ibubapa.
 
MUIP telah menyediakan Skim Bantuan Penajaan Tiket Penerbangan, Bantuan Awal dan Bantuan Dermasiswa buat anak Pahang yang melanjutkan pengajian ke negara-negara berkenaan.
 
Adalah diharapkan sumbangan ini dapat memberikan suntikan semangat dan galakan kepada pelajar serta membantu meringankan perbelanjaan ibubapa.