Mangsa Ribut Di Sempalit Terima Bantuan Baik Pulih Rumah
RAUB, 17 Oktober – Sebuah keluarga yang pernah terlibat dalam bencana ribut di Kampung Sempalit menerima bantuan baik pulih rumah daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Berikutan angin kencang dan ribut yang sering melanda daerah ini telah menerbangkan sebahagian atap dan menyebabkan kebocoran bumbung rumah mereka tempoh hari.
Dengan pendapatan yang tidak seberapa, keluarga tersebut tidak mampu membaiki bumbung rumah pusakanya yang terlalu uzur dan sudah lama tidak dibaik pulih.
Sarifuddin Yusof, 53 berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak MUIP dan pembayar zakat atas bantuan yang diterima.
Dengan bantuan baik pulih rumah yang diberikan oleh MUIP, dapatlah mengurangkan beban keluarga tersebut lantas memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk mereka jalani rutin hidup harian.