News

Home
News

Ziarah Dakwah Dan Pengimarahan Surau Kampung Orang Asli Api Larat

27 September 2024 – MUIP Cawangan Pekan bersama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan telah mengadakan program ziarah serta pengimarahan surau bersempena dengan hari kebenaran Islam Maulidul Rasul melibatkan Saudara Orang Asli di Kampung Orang Asli Api Larat Daerah Pekan.
 
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), JAKIM, Jabatan Agama Islam Pekan, dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pekan.
 
Selain program ziarah, turut diadakan juga program bual bicara santai, dan program kuiz. Semoga dengan perlaksanaan Program Dakwah seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan yang baik antara jabatan yang terlibat bersama dengan masyarakat kampung orang asli di Daerah Pekan khususnya.

“Sebanyak RM743,000 sumbangan am kepada maahad tahfiz dan pondok, diikuti bantuan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf surau sekolah dan penganjuran program keagamaan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan sebanyak RM1.3 juta.

“Sebanyak RM2.6 juta diberikan kepada SAR KAFA bagi tujuan baikpulih, selenggara dan menaik taraf bangunan kelas serta penyediaan peralatan. Sebanyak RM9.2 juta diberikan kepada 9,940 penerima skim bantuan awal ke institusi pengajian tinggi.

“Bantuan tertinggi disediakan MUIP membabitkan sebanyak RM18 juta diberikan kepada 16,538 penerima di bawah skim bantuan derma siswa,” katanya pada Majlis Agihan Zakat kepada institusi pendidikan, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Amzan Abdul Malek.

Ahmad Hairi berkata bantuan turut diberikan kepada 52 jenis skim agihan bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Antaranya program bantuan kepada fakir miskin, pembangunan asnaf, dakwah dan pembangunan mualaf serta pembangunan surau dan masjid.

“MUIP berharap bantuan diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu ke arah memartabatkan lagi institusi pendidikan Islam di Pahang.

“Kita berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi pembayar zakat muncul di negeri ini dalam usaha MUIP membela nasib golongan asnaf selain pihak lain yang layak menerima bantuan,” katanya.